Wednesday, July 1, 2009

Salam Pengenalan , Salam Muhibbah

Radin Agro Enterprise ialah sebuah syarikat milikan penuh bumiputera yang terlibat dalam bidang pertanian dan penternakan. Kegiatan utama ialah membekal dan memasarkan produk-produk berasaskan pertanian dan penternakan. Radin Agro Enterprise telah memulakan operasi perniagaannya sejak 10 tahun yang lalu dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah akta pendaftaran perniagaan 1956 dengan no. pendaftaran Syarikat SA0121550-A.

Radin Agro Enterprise menjalankan operasinya utamanya di Negeri Sembilan dan telah berjaya memasarkan produk-produknya ke beberapa kawasan sekitar Negeri Sembilan, Melaka , Kuala Lumpur dan Selangor. Buat masa ini, pembekalan dan pemasaran yang dilakukan lebih tertumpu kepada produk-produk pertaniaan dan ia meliputi pelbagai jenis produk dari sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki dan diurus oleh pengusaha Muslim, Radin Agro Enterprise mempunyai pegangan bahawa suatu perniagaan yang halal adalah merupakan satu ibadah. Selari dengan pegangan tersebut, pihak syarikat akan hanya menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. Radin Agro Enterprise juga berusaha untuk mendapatkan pengesahan Pensijilan Halal, Sijil Amalan Perladangan Baik dan Sijil Pengeluaran Standard sebagai langkah untuk meningkatkan kemajuan perniagaan dan memberi keyakinan kepada para pelanggan terhadap produk-produk yang di bekal dan di pasarkan

Dengan hasrat dan keinginan yang tinggi Radin Agro Enterprise menjalankan usaha berganda untuk menjadi sebuah syarikat pembekal dan pemasaran produk-produk berasaskan pertanian dan penternakan yang maju. Radin Agro Enterprise juga akan sentiasa berusaha ke arah menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik demi memberikan kepuasan kepada pelanggan disamping membantu pembangunan dan perkembangan ekonomi negara terutama di dalam sektor pertanian dan penternakan juga memberi peluang dalam peningkatan kos sara hidup masa kini.

Radin Agro Enterprise (SA0121550-A)

No comments:

Post a Comment